Thursday, 11 September 2014

Tasbih Cherry!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hye semua, sekarang ni Cik Na ada menyediakan Tasbih Cherry (mini Tasbih) untuk dijadikan sebagai "door-gift", cederahati, "berkat" untuk sebarang majlis seperti  Majlis Perkahwinan, Majlis Aqiqah, Cukur Jambul dan sebagainya yang bersesuaian. Tasbih ini juga amat molek untuk dijadikan hadiah ke masjid-masjid, surau-surau dan madrasah sebagai sedekah. Dengan konsep yang Exclusive dan susunan manik yang berkualiti tinggi, pasti akan memberikan senyuman kepada si penerima.

Psssst... tambahan, para pelanggan boleh memilih design dan warna mengikut citarasa dan konsep tersendiri! Jadi, dapatkan segera Tasbih Cherry yang DEBABOOM and Comel ini dengan harga yang amat berpatutan!

Tempahan boleh dilakukan dengan menghantar SMS @ Wassup ke CIK NA - 013-2759275
COD= Setia Alam


Ceriakan majlis anda dengan TASBIH CHERRY!

"Fun to be Creative"















maklumat lanjut boleh layari fb Tasbih Cherry:
                                                 https://www.facebook.com/tasbihcherry

Thursday, 28 August 2014

Sendiri yang Cari MaSaLah!

Salam Jumaat..penghulu segala hari.. Pagi-pagi ni Cik Na rase nak membebel sikit pasal kaum-kaum wanita ni. Perihal ada sorang kenalan Cik Na kene ugut tapi tak nak buat report polis tapi sibuk pulak nak upah kaki pukul. Tak paham la Cik Na dengan orang macam ni..ekaw yang jadi mangsa tiba-tiba ekaw pulak yang nak jadi samseng ye dakkk?

Wahai kaum-kaum hawa yang Cik Na kasihi dan sayangi...
Jika korang atau adik-beradik or orang-orang terdekat dengan korang kena ugut or wateva dengan kutu-kutu jalanan or samseng, sila la segera buat laporan polis. Tak perlu la kita pulak yang jadi samseng, kaki pukul, pembunuh dan sebagainya pulak.. memang la nak bagi pengajaran tapi setakat mana je pun.. Kalau lepas pukul, dia lagi dendam? lagi dia buat benda bukan-bukan yang melibatkan family dan orang terdekat kan lagi susah. Jangan la nak jadi benak sangat konon tak nak melibatkan keluarga la. Takut malu bila family dan polis tahu... Cek oiii... kalau hang tak buat salah, apa nak takut? biar lah dia nak wat apa pun... biar dia nak sebar satu dunia pun. ekaw x buat kan.. so apa kisah? Report polis and file je saman malu! nak tengok jauh mana dia boleh pergi bila polis duk cari and perhati. Be matured dear! Jaga keselamatan dulu..

k la, tu je la Cik Na nak bebel pagi Jumaat ni.. duk memikir kisah ekaw yang degil pun tak bawa kemana, Mana yang dapat tolong, Cik Na tolong.. tapi kalau sendiri benak dan tak mahu terima pendapat orang susah jugak. Degil tahap daun keladi... kalau jadi apa-apa tanggung la sendiri sebab Sendiri yang cari masalah sebenarnya!













ALBUM Farid Sanullah Akhirnya!


Alhamdulillah, sekian lama menanti akhirnya Farid Sanullah kembali dengan single pertamanya, Don't Forget Allah dan kemudian beliau tampil dengan album penuhnya yang turut menggunakan judul Don't Forget Allah. 

Antara trek lagu yang terdapat dalam album Don't Forget Allah :


1) Don't Forget Allah

2) Subhanallah
3) Orphan Child
4) No Shortcut To Heaven
5) Repent
6) Lose
7) Which Will You Deny 
8) Mum.


Dapatkan segera dipasaran! ^_^






Sekian LaMa...

Sekian lama Cik Na tak berblogging, akhirnye harini dapat jugak bukak blog yang dah bersarang ni.. Maklum la agak bz dgn semester akhir di UTeM. Alhamdulillah setelah 4 tahun di bumi Melaka untuk mendapatkan segulung ijazah, kini semuanya telah berakhir. Terlalu banyak kenangan suka duka ketika disana.. rasa sayang untuk meninggalkan bumi Melaka, UTeM dan tentunya sahabat-sahabat serta adik-adik di sana. In shaa Allah jika dipermudahkan segala urusan, Cik Na akan bergraduasi pada 27 Sept ni.. berdebar pulak rasa.. macam tak percaya je.. Owh ya, lepas ni nak guna gelaran Cik Na.. sebab anak sedara angkat panggil gelaran ni... lagi manis dan feminin rase..cewah..
k la.. nnt la Cik Na bebel lagi.. nak layan lagu Mewangi by Akim Ahmad pulak.. ^_^ tadaaaa...~


Wednesday, 12 February 2014

PRS_KU : Pencetus Revolusi Siswa

Assalamualaikum.. hari ini nak cerita pasal sesuatu yang amat bermakna dalam hidup Eina. Kutemukan semua ini dengan izin Allah. Sebuah ikatan tulus tanpa syarat dan balasan.. tanda ikatan tulus setia..(cewah...hehe). Kelab Pembimbing Rakan Siswa.. ape tu?? Entah.. pada mulanya Eina pun tak tahu ape la kelab nie buat.. nak bimbing orang ke? nak bimbing diri sendiri pun tak reti, ni kan nak bimbing orangkan... haha..nie la first impression Eina bila dengar pasal kelab ni masa Minggu Haluan Siswa (MHS). MHS?? ape pulak tu??? Pasal MHS nanti kita cerita kat bab lain ye.. ni pasal PRS dulu.hehe..

Ala, kalau orang lain dengar pasal kelab nie pun mesti akan pikir benda yang sama first2 kan..maklum la, masa kt sekolah kita panggil Pembimbing Rakan Sebaya dibawah jagaan kaunselor.. ada kena mengena dengan kaunseling la kan..so, kalau masuk kelab ni kena kaunseling orang la ye.. haha.. MESTI la semua tak nak kan..kan..Oppss, cop..cop.. jangan salah faham dulu! Jom kita kenal dulu sikit2 pasal PRS melalui apa yang akan Eina bebelkan seterusnya.. Sabar2.. Sabar tu kan separuh dari iman.. :)

Okey, kalau mengikut definisi yang diletak dalam blog prs, http://pembimbingrakansiswautem.blogspot.com/ (sapa2 free boleh la tengok nanti ye.. ) 

" Pembimbing Rakan Siswa (PRS) adalah sekumpulan pelajar yang telah dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran asas kaunseling. PRS berfungsi sebagai rakan yang berkesan terutama dalam memberi pertolongan. Mereka tidak memberi nasihat atau menyelesaikan masalah tetapi menjadi pendengar yang simpati, berminat, mengambil berat dan rela memberi pertolongan dalam sistem kolej."

HAH! kan terang lagi bersuluh tu.. PRS ni bukan kaunselor yang memberi nasihat atau menyelesaikan masalah tapi lebih kepada pengantaraan antara pelajar dan kaunselor. Dan konsep utama yang diterapkan PRS adalah "Bina Diri, Bantu Rakan".. Dalam moto PRS, apa yang datang dulu?? BINA DIRI kan? So itu lah sebenarnya apa yang diterapkan dalam PRS ini sendiri sebenarnya.. Lebih kepada membantu diri sendiri.. Andai tidak kita yang bantu diri kita, siapa lagi yang nak bantu.. ye dak?
Macam dalam firman Allah, "Tidak berubah nasib sesuatu kaum, jika ia tidak BERUSAHA merubahnya".

 To be continued ~(^_^~)~(^_^)~(~^_^)~

Tuesday, 5 November 2013

CiNta : Kebebasan aTau SeksaaN.

Hye.. tertarik dengan isu yang banyak berlaku baru2 ini..isu tetang kekasih yang terlalu mengokong.. Tidak dinafikan, ramai jer rakan2 yang mengalami perkara ini.. tapi berbaloi ker? hidup terkongkong dan x mempunyai kebebasan..Kenapa ya Eina cakap cam tu? apa yang dimaksudkan kebebasan tu??

CINTA. Semua insan kat dunia dianugerahkan dengan perasaan istimewa untuk saling mencintai dan menyayangi..itu fitrah manusia.. Allah menjadikan kita untuk saling melengkapi dan menyempurnakan.. Tiada salahnya kan mencintai dan dicintai,tp ingat cara dan apa yang kita buat itu yang menentukan sama ada BETUL atau SALAH cinta kita.. So, hati-hati..ya betol sesetengah pasangan yang bercinta nie harap pasangan yang dipilih akan menjadi teman hingga ke jannah, tp kembali kepada persoalan kita iaitu kebebasan atau seksaan.. mencintai dan dicintai adalah satu kebebasan iaitu kita bebas untuk mencintai dan dicintai..


OK, apa itu bebas? lain orang, lain tafsiran dan maksudnya tp bg eina bebas adalah apabila kita selesa dan yakin dengan apa yang kita buat. begitu juga dalam bercinta dan mencari pasangan.. Tapi, jangan salah faham..bebas kt sini x bermaksud kita bole buat apa saja k... semua yang dilakukan masih lagi berlandaskan hukum-hukum norma kehidupan dan hukum syarak ye.. jangan nak memandai-mandai kata semua benda bebas,so x perlu mengikut hukum.. Sekali lagi Eina tekankan, bebas adalah apabila kita rasa yakin dan selesa dalam melakukan sesuatu.


BeBAS bercinta adalah apabila tiada paksaan daripada segi perlakuan atau perasaan ketika bersama orang yang kita cintai.. semua yang kita lakukan adalah untuk kesenangan dan kebaikan bersama. Enta kenapa, perlukah bila kita bercinta, kita harus abaikan kawan, hobi atau apa sahaja yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita semata-mata untuk habiskan masa dengan kekasih. Yang paling teruk bila sampai sanggup putus kawan yang dah bertahun-tahun demi kekasih yang baru kenal dua tiga bulan.. WOW! sgt drastik.. Eina terkelu bila ada rakan Eina sendiri buat cam ni. Tak salah kalau kita lebihkan masa dengan kekasih tp pandai2 la bagi masa.. jgn plak jadi mcm peribahasa ni, "yang dikejar x dapat, yang dikendong keciciran". Kita hidup perlu bermasyarakat, bukan tinggal berdua kat gua.. so faham-faham la.. bila susah nanti siapa yang nak tolong.. 


Bagi Eina, biar la pasangan kita tu pasangan yang boleh terima siapa diri kita,siapa keluarga dan rakan-rakan kita.. dia boleh terima siapa kita yang dulu dan sekarang.. Sebab bila kita bercinta, kita bukan saja kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan tapi kena juga kena terima semua sekali termasuk keluarga dan kawan-kawan. Ni namanya saling menghormati dan berkongsi.. Kita hormati apa yang dia ada dalam hidupnya dan berkongsi setiap apa jua yang pasangan dan kita ada.


Tapi kan lagi SWEET kalau kita dapat jadi pasangan yang saling menyokong dan memberi inspirasi dalam apa jua kita buat.. tak semestinya kita perlu ada hobi atau minat yang sama, tapi cukup la jika dia sudi buat dan berusaha bersama.. InsyaAllah, klu jumpa dengan pasangan yang macam ni, hidup dan diri kita akan terus maju dan berjaya.. dan yang penting bahagia.. Tp ingat, kalau kita nak pasangan yang mcm tu, kita dulu la kene jadi macam tu.. betol x? kita mungkin tak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik kan...kan.. :)



Akhir kata, untuk semua pasangan terutama kaum hawa.. berhati-hati ketika bercinta, jangan sampai menjadi cinta buta ye.. Betul, dalam bercinta perlukan pengorbanan.. Tp adakah pengorbanan itu menjatuhkan atau menaikkan nilai kehidupan dan dirimu? Renung-renungkan dan selami hati...


Bila kita pelihara cinta itu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan pelihara cinta itu untuk kita.
Salam cinta buat semua :)

"Jangan Anda menunggu dicintai baru mencintai.


Tapi belajarlah mencintai, maka Anda akan dicintai."




Thursday, 10 October 2013

Tahu SiaPa yaNg PerTaMa???

Sejak kecik lagi waktu kat sekolah, kita selalu disuruh ingat siapa orang pertama yang mendarat di bulan la, siapa orang pertama yang mencipta kereta la dan banyak lagi.. Btol x??

Kita tahu siapa orang pertama cipta telefon kan, iaitu alexander graham bell..

TAPI, adakah kita tahu siapakah orang pertama yang menulis Bismillah ????
Siapakah wanita pertama yang syahid ???

MEsti tak tahu kan... jom kita Bace entry ni sekejap,dan tambah ilmu.. ^_^


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1.Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2.Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3.Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7.  Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8.  Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9.  Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. .