Hye.. tertarik dengan isu yang banyak berlaku baru2 ini..isu tetang kekasih yang terlalu mengokong.. Tidak dinafikan, ramai jer rakan2 yang mengalami perkara ini.. tapi berbaloi ker? hidup terkongkong dan x mempunyai kebebasan..Kenapa ya Eina cakap cam tu? apa yang dimaksudkan kebebasan tu??
CINTA. Semua insan kat dunia dianugerahkan dengan perasaan istimewa untuk saling mencintai dan menyayangi..itu fitrah manusia.. Allah menjadikan kita untuk saling melengkapi dan menyempurnakan.. Tiada salahnya kan mencintai dan dicintai,tp ingat cara dan apa yang kita buat itu yang menentukan sama ada BETUL atau SALAH cinta kita.. So, hati-hati..ya betol sesetengah pasangan yang bercinta nie harap pasangan yang dipilih akan menjadi teman hingga ke jannah, tp kembali kepada persoalan kita iaitu kebebasan atau seksaan.. mencintai dan dicintai adalah satu kebebasan iaitu kita bebas untuk mencintai dan dicintai..
OK, apa itu bebas? lain orang, lain tafsiran dan maksudnya tp bg eina bebas adalah apabila kita selesa dan yakin dengan apa yang kita buat. begitu juga dalam bercinta dan mencari pasangan.. Tapi, jangan salah faham..bebas kt sini x bermaksud kita bole buat apa saja k... semua yang dilakukan masih lagi berlandaskan hukum-hukum norma kehidupan dan hukum syarak ye.. jangan nak memandai-mandai kata semua benda bebas,so x perlu mengikut hukum.. Sekali lagi Eina tekankan, bebas adalah apabila kita rasa yakin dan selesa dalam melakukan sesuatu.
BeBAS bercinta adalah apabila tiada paksaan daripada segi perlakuan atau perasaan ketika bersama orang yang kita cintai.. semua yang kita lakukan adalah untuk kesenangan dan kebaikan bersama. Enta kenapa, perlukah bila kita bercinta, kita harus abaikan kawan, hobi atau apa sahaja yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita semata-mata untuk habiskan masa dengan kekasih. Yang paling teruk bila sampai sanggup putus kawan yang dah bertahun-tahun demi kekasih yang baru kenal dua tiga bulan.. WOW! sgt drastik.. Eina terkelu bila ada rakan Eina sendiri buat cam ni. Tak salah kalau kita lebihkan masa dengan kekasih tp pandai2 la bagi masa.. jgn plak jadi mcm peribahasa ni, "yang dikejar x dapat, yang dikendong keciciran". Kita hidup perlu bermasyarakat, bukan tinggal berdua kat gua.. so faham-faham la.. bila susah nanti siapa yang nak tolong..
Bagi Eina, biar la pasangan kita tu pasangan yang boleh terima siapa diri kita,siapa keluarga dan rakan-rakan kita.. dia boleh terima siapa kita yang dulu dan sekarang.. Sebab bila kita bercinta, kita bukan saja kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan tapi kena juga kena terima semua sekali termasuk keluarga dan kawan-kawan. Ni namanya saling menghormati dan berkongsi.. Kita hormati apa yang dia ada dalam hidupnya dan berkongsi setiap apa jua yang pasangan dan kita ada.
Tapi kan lagi SWEET kalau kita dapat jadi pasangan yang saling menyokong dan memberi inspirasi dalam apa jua kita buat.. tak semestinya kita perlu ada hobi atau minat yang sama, tapi cukup la jika dia sudi buat dan berusaha bersama.. InsyaAllah, klu jumpa dengan pasangan yang macam ni, hidup dan diri kita akan terus maju dan berjaya.. dan yang penting bahagia.. Tp ingat, kalau kita nak pasangan yang mcm tu, kita dulu la kene jadi macam tu.. betol x? kita mungkin tak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik kan...kan.. :)
Akhir kata, untuk semua pasangan terutama kaum hawa.. berhati-hati ketika bercinta, jangan sampai menjadi cinta buta ye.. Betul, dalam bercinta perlukan pengorbanan.. Tp adakah pengorbanan itu menjatuhkan atau menaikkan nilai kehidupan dan dirimu? Renung-renungkan dan selami hati...
Bila kita pelihara cinta itu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan pelihara cinta itu untuk kita.
Salam cinta buat semua :)
"Jangan Anda menunggu dicintai baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka Anda akan dicintai."