Tuesday 11 August 2015

Rehat Sebentar~~

Alaihaiii.. lama betol tak menulis dalam blog sendiri.. berhabuk dan bersarang labah-labah dah blog ni.. Banyak sebenarnya nak dikongsikan tp komitment kerja dan dengan masa yang ade x cukup untuk update blog sendiri. Maklum la bila dah mula masuk dunia berniaga ni banyak benda yg harus dirancang dan dilakukan.. Berniaga..berniaga jugak.. tapi niat dihati ni nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.. namun bukan dalam bidang engineering tapi lebih kepada psikologi dan kaunseling. Harap-harap adalah kesempatan diri ini untuk mengejar apa yg diingini. 


Banyak perancangan dan impian yg ingin dikejar.. namun apakah daya, ketika ini masih lagi belum berkesempatan dan kekangan modal serta kudrat. Namun semua ini bukan alasan.. in shaa Allah, perlahan-lahan kayuh.. bukan mudah untuk berjaya tanpa kesabaran dan komitment yg tinggi.. banyak pengorbanan masa, kudrat serta wang ringgit yang harus dilakukan.. Semoga Allah berkati dan permudahkan perjalanan ini..

Apa-apa pun chillex and setelkan satu persatu.. sekarang alhamdulillah dengan gabungan kerjasama dengan kak siti, perlahan-lahan menjerumuskan diri dalam bidang perniagaan pakaian. Walaupun ini bukanlah matlamat utama...Namun, ilmu itu ada dimana-mana.. besar atau kecil ilmu itu, pasti bermanafaat satu hari nanti...in shaa Allah.


bersepah opis sorting baju utk kln
rehat sebentar makan jajan sambil melewati blog sendiri..hehe




Monday 26 January 2015

Anak orang diajar makan beradab, Anak sendiri makan berterabur!

Wow! Gempaq Malaysia dengan fenomena artis korea peluk anak gadis kita. Tajuk sensasi yang diwar-warkan " Gadis bertudung dicabul lelaki kpop!". Mak aihh, terkejut den mendengarnya... bukan main hangat lagi sensasi lagi dik non oii.. Berlakulah banyak pertelingkahan, saling salah menyalah, menghukum sesama sendiri.. tapi yang kelakornya, tidak pulak dia sibukkan akan keburukan yang memang dah lama bersarang pada diri masing-masing. Apa yang Cik Na nak sembangkan bukan berkenaan siapa yang tidak bersalah dan bersalah dalam hal konsert kpop yang berlaku haritu. Bagi pendapat Cik Na, pihak yang terlibat semua ada salahnya. Terutama penganjur yang tidak mengambil berat akan sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama islam.

OK! Sekarang nak sembang berkenaan dengan apa yang Cik Na nampak dalam pemikiran village people kita hari ini. Kebetulan beberapa hari sebelum sensasinya hal kpop ni, Cik Na ada  tonton satu rancangan menyanyi yang dianjurkan oleh pihak televisyen negara kita la.. Kalau tak silap rancangan ini adalah pertandingan nyanyian untuk warga-warga yang sebaya dengan mak dan ayah Cik Na. Tak ada niat pun nak tengok tapi tertarik pada satu persembahan yang khabarnya dia menjemput pelakon yang Cik Na minat. 

So, tertengok la sekejap sedutan persembahan tersebut.. Subhanallah, terkejut Cik Na.. terkelu dan sedih teramat pun ada.. kenapa pelakon yang Cik Na minat tu boleh buat adegan berpelukkan dan aksi ghairah atas pentas sedemikian dengan penyayi veteran tu.. terus berbelah-bagi hati ni nak minat dia lagi! tapi Cik Na minat lakonan dia.. T_T... ok, back to the topic.. over sekejap dengan perasaan.. Serious Cik Na terkilan. Tapi yang PELIK bin Ajaib nya, tidak pulak village people kita ni nak kecoh dan sekat perkara ini daripada terus berlaku. Tidak pula apa-apa tindakan dilakukan. Tidak pulak keluar surat khabar muka pertama? Tidak pulak mereka-mereka yang kuat menegakkan keadilan keluar...Membawa sepanduk dan pembesar suara bagi menentang perkara ini. Kelakar bukan? 
Antara mereka yang tahu, sedar akan hukum tapi masih melakukan kesalahan malah berbangga dan dengan mereka yang melakukan kesalahan tetapi tidak tahu akan apa yang mereka lakukan itu adalah salah, Yang manakah lebih teruk ya? Yang manakah lebih bersalah? Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? kita yang tidak menegur atau kita yang menghukum?

Mungkin kalau village people kita buat tak mengapa kot, tapi bila orang luar buat tak boleh! Macam tu ea? Cik Na konpius, adakah inilah pendirian yang sememangnya sebati dengan diri kita? Mengapa kita sibuk mengajar anak orang lain beradab ketika makan, sedangkan anak kita makan berterabur dilantai? Renung-renungkan pada apa yang telah kita lakukan hari ini. tiada manusia yang sempurna. kerana itu manusia fitrahnya bermasyarat, hidup berkumpulan bukan bersendirian. Untuk saling melengkapi dan menghormati.

Bagi mengakhiri perenggan bebelan Cik Na hari ni, mari kita sama-sama amalkan, bila berbicara biar berilmu bukan mengikut perasaan.. Jangan menjadi manusia yang tipikal dan jumud. Bagaimana kita nak maju jika hidup dengan pemikiran kelas ketiga. Hanya tahu menunding jari mencari kesalahan orang lain tetapi tidak memperbaiki diri sendiri. Sebelum mengintai celah kain orang lain, periksa dahulu sama ada kain kita itu sempurna ataupun tidak.. pada yang tidak tahu, kita bagi tahu.. pada yang tidak arif, kita faham kan.. dan pada mereka yang berbuat salah, kita betulkan..Jangan mengkeji atau menghina..murni dan mulia sangatkah diri kita untuk melakukan sedemikian? Jangan lupa, kita ini adalah hambanya.. Jangan melampaui batas hingga kita pulak yang menjadi tuhan. 

Pasti ada mulut-mulut jamban yang akan cakap Cik Na mesti sokong mamat-mamat pucat tak berdarah tu (dieorang tu dracula ke? tak ada darah? Omo-omo..=_='')...Backup sangat la sebab ko gila-gilakan mereka kan....Opppss!! sebelum sesiapa mula menjambankan mulut mereka, Sekali lagi Cik Na tegaskan, Cik Na tak ni menyebelahi sesiapa. Cik Na hormat budaya mereka dan Cik Na yakin mereka juga hormat pada budaya dan cara kita. Minat itu adalah hak individu..Tidak salah untuk meminati tetapi semuanya berbalik pada diri sendiri. Walaupun minat kpop, insyaAllah Cik Na masih lagi menjaga tatasusila sebagai seorang wanita melayu dan muslimah yang penuh dengan ciri-ciri ketimuran, sopan santun dan manis dipandang.. Cewah.. over angkat bakul harini! hahaha...Mentang-mentang pakai baju kurung bertudung pink pulak hari ni kan..terasa diri ni sweet je..hehe...plez jangan maki! ~(^_^)~

Maaf jika ada salah dan silap. Cik Na sedar, masih banyak yang perlu Cik Na belajar dan dalami. Jika salah atau tidak bersetuju dengan apa yang Cik Na utarakan, sila tegur, bukan menghina. Hidup saling menghormati pasti sejahtera kehidupan. Salam sayang.. peace!