Thursday, 28 August 2014

Sendiri yang Cari MaSaLah!

Salam Jumaat..penghulu segala hari.. Pagi-pagi ni Cik Na rase nak membebel sikit pasal kaum-kaum wanita ni. Perihal ada sorang kenalan Cik Na kene ugut tapi tak nak buat report polis tapi sibuk pulak nak upah kaki pukul. Tak paham la Cik Na dengan orang macam ni..ekaw yang jadi mangsa tiba-tiba ekaw pulak yang nak jadi samseng ye dakkk?

Wahai kaum-kaum hawa yang Cik Na kasihi dan sayangi...
Jika korang atau adik-beradik or orang-orang terdekat dengan korang kena ugut or wateva dengan kutu-kutu jalanan or samseng, sila la segera buat laporan polis. Tak perlu la kita pulak yang jadi samseng, kaki pukul, pembunuh dan sebagainya pulak.. memang la nak bagi pengajaran tapi setakat mana je pun.. Kalau lepas pukul, dia lagi dendam? lagi dia buat benda bukan-bukan yang melibatkan family dan orang terdekat kan lagi susah. Jangan la nak jadi benak sangat konon tak nak melibatkan keluarga la. Takut malu bila family dan polis tahu... Cek oiii... kalau hang tak buat salah, apa nak takut? biar lah dia nak wat apa pun... biar dia nak sebar satu dunia pun. ekaw x buat kan.. so apa kisah? Report polis and file je saman malu! nak tengok jauh mana dia boleh pergi bila polis duk cari and perhati. Be matured dear! Jaga keselamatan dulu..

k la, tu je la Cik Na nak bebel pagi Jumaat ni.. duk memikir kisah ekaw yang degil pun tak bawa kemana, Mana yang dapat tolong, Cik Na tolong.. tapi kalau sendiri benak dan tak mahu terima pendapat orang susah jugak. Degil tahap daun keladi... kalau jadi apa-apa tanggung la sendiri sebab Sendiri yang cari masalah sebenarnya!













ALBUM Farid Sanullah Akhirnya!


Alhamdulillah, sekian lama menanti akhirnya Farid Sanullah kembali dengan single pertamanya, Don't Forget Allah dan kemudian beliau tampil dengan album penuhnya yang turut menggunakan judul Don't Forget Allah. 

Antara trek lagu yang terdapat dalam album Don't Forget Allah :


1) Don't Forget Allah

2) Subhanallah
3) Orphan Child
4) No Shortcut To Heaven
5) Repent
6) Lose
7) Which Will You Deny 
8) Mum.


Dapatkan segera dipasaran! ^_^






Sekian LaMa...

Sekian lama Cik Na tak berblogging, akhirnye harini dapat jugak bukak blog yang dah bersarang ni.. Maklum la agak bz dgn semester akhir di UTeM. Alhamdulillah setelah 4 tahun di bumi Melaka untuk mendapatkan segulung ijazah, kini semuanya telah berakhir. Terlalu banyak kenangan suka duka ketika disana.. rasa sayang untuk meninggalkan bumi Melaka, UTeM dan tentunya sahabat-sahabat serta adik-adik di sana. In shaa Allah jika dipermudahkan segala urusan, Cik Na akan bergraduasi pada 27 Sept ni.. berdebar pulak rasa.. macam tak percaya je.. Owh ya, lepas ni nak guna gelaran Cik Na.. sebab anak sedara angkat panggil gelaran ni... lagi manis dan feminin rase..cewah..
k la.. nnt la Cik Na bebel lagi.. nak layan lagu Mewangi by Akim Ahmad pulak.. ^_^ tadaaaa...~