Wednesday 5 November 2014

Minat Cik Na!

Assalamualaikum.. hye.. hari ni mood Cik Na baik so nak cite pasal diri sendiri la.. haha.. saje la tu nak promote diri katanye.. urm nak cerita pasal ape ye dulu? 
okeyh.. kita start dengan apa yang Cik Na suka la ye.. Segment minat si Cik Na.. hehe


First, OKeyh! terus terang dan sejujurnye... Cik Na suka tengok cerita dan dengar lagu.. Cerita yang macam mane? urmm... susah nak cakap sebab cik Na suka semua jenis xkisah la cerita ape asalkan best! semua Cik Na layan.. ade yang cakap Cik Na nie giler Korea tp tak jugak sebenarnye (walaupun paling banyak layan) haha.. okeyh, antara jenis cerita yang Cik Na suka layan:

1) Kisah Keluarga dan persahabatan
2) Kisah Perjuangan
3) Kisah Cinta okeyh, tapi xminat sgt
4) Genre : Aksi, Komedi, Fantasi, anime dan lain2..

banyak sebenarnye kalau nak diceritakan pasal movie or drama yang Cik Na minat.. nnt kalau ade masa, cik Na nak jadi pengulas cerita.. haha..

Pasal music pulak, cik Na memang minat banyak.. asalkan lagu tu sedap dengar.. haha..
Dulu Cik Na tak suka dengar music.. apatah lagi menyanyi. Tapi sekarang semua dah terbalik.. Cik Na suka nyanyi tapi dalam jamban je la sebab sedor suara tak sedap! hehe.. ingat lagi first group yang Cik Na minat dulu adalah kumpulan ARASHI daripada JEPUN. nie semua gara-gara Along Cik Na yang mengajarnya... hahaha...maaf long, jual nama along jap! >_< Itu satu-satu nya group dari Jepun yang Cik Na minat sampai sekarang. Dan group member yang Cik Na paling minat adalah Satoshi Ohno.. the Leader! O_chan!! NExt time kita cite pasal ARASHI ye.

OKeyh, next pulak pasal K-POP! yeah.. kalau nak cerita pasal k-pop memang xkan abis.. Nak umumkan secara offical yang Cik Na memang minat kat Super Junior, 2PM, 2AM, Beast, U-kiss, SPEED, FT- Island, CN-Blue, Shinwa, IU, Davichi, Miss A, Infinite dan Big Bang.. dan baru2 ni Cik Na start suka kat Ailee dan adik 2PM iaitu GOT 7! hahaha...okeyh, cukup dulu pasal K-pop! 

Next music tanah air.. sepastinya Cik Na minat lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza, Akim Ahmad, Dayang Nurfaizah, Spider, Ziana Zain, Sarah, Ramlah Ram, Ella, Slam, Jamal Abdillah, Nora, Farid Sanullah, Hafiz Hamidun, Misha Omar, HAfiz Af, Alyah, Fynn Jamal, Mark Adam dan banyak lagiiiii.. penat la nak taip semua... hahaha...

nanti kalau rajin Cik Na nak post pasal cerita (movie, drama, anime) dan lagu2 yang Cik Na  minat... nak jadi pengulas katakan... hahaha.. gurau je.. Just untuk berkongsi.. sapa suka nanti sila la baca, tapi kalau sape2 tak suka dan menyampah, sila abaikan.. Cik Na tak rugi ape pun... weeekkk!! hahaa... k, sampai sini dulu ye... daaaaaa...... muah sikit!

Thursday 11 September 2014

Tasbih Cherry!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hye semua, sekarang ni Cik Na ada menyediakan Tasbih Cherry (mini Tasbih) untuk dijadikan sebagai "door-gift", cederahati, "berkat" untuk sebarang majlis seperti  Majlis Perkahwinan, Majlis Aqiqah, Cukur Jambul dan sebagainya yang bersesuaian. Tasbih ini juga amat molek untuk dijadikan hadiah ke masjid-masjid, surau-surau dan madrasah sebagai sedekah. Dengan konsep yang Exclusive dan susunan manik yang berkualiti tinggi, pasti akan memberikan senyuman kepada si penerima.

Psssst... tambahan, para pelanggan boleh memilih design dan warna mengikut citarasa dan konsep tersendiri! Jadi, dapatkan segera Tasbih Cherry yang DEBABOOM and Comel ini dengan harga yang amat berpatutan!

Tempahan boleh dilakukan dengan menghantar SMS @ Wassup ke CIK NA - 013-2759275
COD= Setia Alam


Ceriakan majlis anda dengan TASBIH CHERRY!

"Fun to be Creative"















maklumat lanjut boleh layari fb Tasbih Cherry:
                                                 https://www.facebook.com/tasbihcherry

Thursday 28 August 2014

Sendiri yang Cari MaSaLah!

Salam Jumaat..penghulu segala hari.. Pagi-pagi ni Cik Na rase nak membebel sikit pasal kaum-kaum wanita ni. Perihal ada sorang kenalan Cik Na kene ugut tapi tak nak buat report polis tapi sibuk pulak nak upah kaki pukul. Tak paham la Cik Na dengan orang macam ni..ekaw yang jadi mangsa tiba-tiba ekaw pulak yang nak jadi samseng ye dakkk?

Wahai kaum-kaum hawa yang Cik Na kasihi dan sayangi...
Jika korang atau adik-beradik or orang-orang terdekat dengan korang kena ugut or wateva dengan kutu-kutu jalanan or samseng, sila la segera buat laporan polis. Tak perlu la kita pulak yang jadi samseng, kaki pukul, pembunuh dan sebagainya pulak.. memang la nak bagi pengajaran tapi setakat mana je pun.. Kalau lepas pukul, dia lagi dendam? lagi dia buat benda bukan-bukan yang melibatkan family dan orang terdekat kan lagi susah. Jangan la nak jadi benak sangat konon tak nak melibatkan keluarga la. Takut malu bila family dan polis tahu... Cek oiii... kalau hang tak buat salah, apa nak takut? biar lah dia nak wat apa pun... biar dia nak sebar satu dunia pun. ekaw x buat kan.. so apa kisah? Report polis and file je saman malu! nak tengok jauh mana dia boleh pergi bila polis duk cari and perhati. Be matured dear! Jaga keselamatan dulu..

k la, tu je la Cik Na nak bebel pagi Jumaat ni.. duk memikir kisah ekaw yang degil pun tak bawa kemana, Mana yang dapat tolong, Cik Na tolong.. tapi kalau sendiri benak dan tak mahu terima pendapat orang susah jugak. Degil tahap daun keladi... kalau jadi apa-apa tanggung la sendiri sebab Sendiri yang cari masalah sebenarnya!













ALBUM Farid Sanullah Akhirnya!


Alhamdulillah, sekian lama menanti akhirnya Farid Sanullah kembali dengan single pertamanya, Don't Forget Allah dan kemudian beliau tampil dengan album penuhnya yang turut menggunakan judul Don't Forget Allah. 

Antara trek lagu yang terdapat dalam album Don't Forget Allah :


1) Don't Forget Allah

2) Subhanallah
3) Orphan Child
4) No Shortcut To Heaven
5) Repent
6) Lose
7) Which Will You Deny 
8) Mum.


Dapatkan segera dipasaran! ^_^






Sekian LaMa...

Sekian lama Cik Na tak berblogging, akhirnye harini dapat jugak bukak blog yang dah bersarang ni.. Maklum la agak bz dgn semester akhir di UTeM. Alhamdulillah setelah 4 tahun di bumi Melaka untuk mendapatkan segulung ijazah, kini semuanya telah berakhir. Terlalu banyak kenangan suka duka ketika disana.. rasa sayang untuk meninggalkan bumi Melaka, UTeM dan tentunya sahabat-sahabat serta adik-adik di sana. In shaa Allah jika dipermudahkan segala urusan, Cik Na akan bergraduasi pada 27 Sept ni.. berdebar pulak rasa.. macam tak percaya je.. Owh ya, lepas ni nak guna gelaran Cik Na.. sebab anak sedara angkat panggil gelaran ni... lagi manis dan feminin rase..cewah..
k la.. nnt la Cik Na bebel lagi.. nak layan lagu Mewangi by Akim Ahmad pulak.. ^_^ tadaaaa...~


Wednesday 12 February 2014

PRS_KU : Pencetus Revolusi Siswa

Assalamualaikum.. hari ini nak cerita pasal sesuatu yang amat bermakna dalam hidup Eina. Kutemukan semua ini dengan izin Allah. Sebuah ikatan tulus tanpa syarat dan balasan.. tanda ikatan tulus setia..(cewah...hehe). Kelab Pembimbing Rakan Siswa.. ape tu?? Entah.. pada mulanya Eina pun tak tahu ape la kelab nie buat.. nak bimbing orang ke? nak bimbing diri sendiri pun tak reti, ni kan nak bimbing orangkan... haha..nie la first impression Eina bila dengar pasal kelab ni masa Minggu Haluan Siswa (MHS). MHS?? ape pulak tu??? Pasal MHS nanti kita cerita kat bab lain ye.. ni pasal PRS dulu.hehe..

Ala, kalau orang lain dengar pasal kelab nie pun mesti akan pikir benda yang sama first2 kan..maklum la, masa kt sekolah kita panggil Pembimbing Rakan Sebaya dibawah jagaan kaunselor.. ada kena mengena dengan kaunseling la kan..so, kalau masuk kelab ni kena kaunseling orang la ye.. haha.. MESTI la semua tak nak kan..kan..Oppss, cop..cop.. jangan salah faham dulu! Jom kita kenal dulu sikit2 pasal PRS melalui apa yang akan Eina bebelkan seterusnya.. Sabar2.. Sabar tu kan separuh dari iman.. :)

Okey, kalau mengikut definisi yang diletak dalam blog prs, http://pembimbingrakansiswautem.blogspot.com/ (sapa2 free boleh la tengok nanti ye.. ) 

" Pembimbing Rakan Siswa (PRS) adalah sekumpulan pelajar yang telah dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran asas kaunseling. PRS berfungsi sebagai rakan yang berkesan terutama dalam memberi pertolongan. Mereka tidak memberi nasihat atau menyelesaikan masalah tetapi menjadi pendengar yang simpati, berminat, mengambil berat dan rela memberi pertolongan dalam sistem kolej."

HAH! kan terang lagi bersuluh tu.. PRS ni bukan kaunselor yang memberi nasihat atau menyelesaikan masalah tapi lebih kepada pengantaraan antara pelajar dan kaunselor. Dan konsep utama yang diterapkan PRS adalah "Bina Diri, Bantu Rakan".. Dalam moto PRS, apa yang datang dulu?? BINA DIRI kan? So itu lah sebenarnya apa yang diterapkan dalam PRS ini sendiri sebenarnya.. Lebih kepada membantu diri sendiri.. Andai tidak kita yang bantu diri kita, siapa lagi yang nak bantu.. ye dak?
Macam dalam firman Allah, "Tidak berubah nasib sesuatu kaum, jika ia tidak BERUSAHA merubahnya".

 To be continued ~(^_^~)~(^_^)~(~^_^)~