Tuesday 5 November 2013

CiNta : Kebebasan aTau SeksaaN.

Hye.. tertarik dengan isu yang banyak berlaku baru2 ini..isu tetang kekasih yang terlalu mengokong.. Tidak dinafikan, ramai jer rakan2 yang mengalami perkara ini.. tapi berbaloi ker? hidup terkongkong dan x mempunyai kebebasan..Kenapa ya Eina cakap cam tu? apa yang dimaksudkan kebebasan tu??

CINTA. Semua insan kat dunia dianugerahkan dengan perasaan istimewa untuk saling mencintai dan menyayangi..itu fitrah manusia.. Allah menjadikan kita untuk saling melengkapi dan menyempurnakan.. Tiada salahnya kan mencintai dan dicintai,tp ingat cara dan apa yang kita buat itu yang menentukan sama ada BETUL atau SALAH cinta kita.. So, hati-hati..ya betol sesetengah pasangan yang bercinta nie harap pasangan yang dipilih akan menjadi teman hingga ke jannah, tp kembali kepada persoalan kita iaitu kebebasan atau seksaan.. mencintai dan dicintai adalah satu kebebasan iaitu kita bebas untuk mencintai dan dicintai..


OK, apa itu bebas? lain orang, lain tafsiran dan maksudnya tp bg eina bebas adalah apabila kita selesa dan yakin dengan apa yang kita buat. begitu juga dalam bercinta dan mencari pasangan.. Tapi, jangan salah faham..bebas kt sini x bermaksud kita bole buat apa saja k... semua yang dilakukan masih lagi berlandaskan hukum-hukum norma kehidupan dan hukum syarak ye.. jangan nak memandai-mandai kata semua benda bebas,so x perlu mengikut hukum.. Sekali lagi Eina tekankan, bebas adalah apabila kita rasa yakin dan selesa dalam melakukan sesuatu.


BeBAS bercinta adalah apabila tiada paksaan daripada segi perlakuan atau perasaan ketika bersama orang yang kita cintai.. semua yang kita lakukan adalah untuk kesenangan dan kebaikan bersama. Enta kenapa, perlukah bila kita bercinta, kita harus abaikan kawan, hobi atau apa sahaja yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita semata-mata untuk habiskan masa dengan kekasih. Yang paling teruk bila sampai sanggup putus kawan yang dah bertahun-tahun demi kekasih yang baru kenal dua tiga bulan.. WOW! sgt drastik.. Eina terkelu bila ada rakan Eina sendiri buat cam ni. Tak salah kalau kita lebihkan masa dengan kekasih tp pandai2 la bagi masa.. jgn plak jadi mcm peribahasa ni, "yang dikejar x dapat, yang dikendong keciciran". Kita hidup perlu bermasyarakat, bukan tinggal berdua kat gua.. so faham-faham la.. bila susah nanti siapa yang nak tolong.. 


Bagi Eina, biar la pasangan kita tu pasangan yang boleh terima siapa diri kita,siapa keluarga dan rakan-rakan kita.. dia boleh terima siapa kita yang dulu dan sekarang.. Sebab bila kita bercinta, kita bukan saja kena terima kekurangan dan kelebihan pasangan tapi kena juga kena terima semua sekali termasuk keluarga dan kawan-kawan. Ni namanya saling menghormati dan berkongsi.. Kita hormati apa yang dia ada dalam hidupnya dan berkongsi setiap apa jua yang pasangan dan kita ada.


Tapi kan lagi SWEET kalau kita dapat jadi pasangan yang saling menyokong dan memberi inspirasi dalam apa jua kita buat.. tak semestinya kita perlu ada hobi atau minat yang sama, tapi cukup la jika dia sudi buat dan berusaha bersama.. InsyaAllah, klu jumpa dengan pasangan yang macam ni, hidup dan diri kita akan terus maju dan berjaya.. dan yang penting bahagia.. Tp ingat, kalau kita nak pasangan yang mcm tu, kita dulu la kene jadi macam tu.. betol x? kita mungkin tak sempurna tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik kan...kan.. :)



Akhir kata, untuk semua pasangan terutama kaum hawa.. berhati-hati ketika bercinta, jangan sampai menjadi cinta buta ye.. Betul, dalam bercinta perlukan pengorbanan.. Tp adakah pengorbanan itu menjatuhkan atau menaikkan nilai kehidupan dan dirimu? Renung-renungkan dan selami hati...


Bila kita pelihara cinta itu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan pelihara cinta itu untuk kita.
Salam cinta buat semua :)

"Jangan Anda menunggu dicintai baru mencintai.


Tapi belajarlah mencintai, maka Anda akan dicintai."




Thursday 10 October 2013

Tahu SiaPa yaNg PerTaMa???

Sejak kecik lagi waktu kat sekolah, kita selalu disuruh ingat siapa orang pertama yang mendarat di bulan la, siapa orang pertama yang mencipta kereta la dan banyak lagi.. Btol x??

Kita tahu siapa orang pertama cipta telefon kan, iaitu alexander graham bell..

TAPI, adakah kita tahu siapakah orang pertama yang menulis Bismillah ????
Siapakah wanita pertama yang syahid ???

MEsti tak tahu kan... jom kita Bace entry ni sekejap,dan tambah ilmu.. ^_^


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1.Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2.Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3.Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7.  Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8.  Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9.  Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. .

Sunday 30 June 2013

KeHiDuPaN uMpaMa KaiN Putih..



Kehidupan ini umpama kain putih. Kita adalah pelukisnya.. kita yang menentukan sama ada utk mencorak kain itu dgn corak yang cantik atau tidak.. kita yang menentukan konsep lukisan, motif dan pengajaran yang ingin disampaikan melalui lukisan itu. Namun utk membentuk lukisan yang cantik,menarik, dapt memberi ketenangan dan pengajaran kepada orang lain bukan mudah.. terlalu banyak yang harus dilakukan.. byk yang harus difikirkan..bayk yang perlu dikorbankan.. kadang2 hati kita sendiri harus kita korbankan.. itu lah kehidupan. Ianya memerlukn semangat dan iltizam yang tinggi..Andai pandai dan cantik kita corakkannya, maka cantik la ia.. 


"Dunia Ibarat Sebuah Pentas Lakonan Dimana Manusia Itulah, Pelakon Utamanya. Al-Qur’an Dan Sunnah Pula Adalah Skripnya Dan Malaikat Itulah Juru Kameranya. Islam Jalan Ceritanya Dan Kiamat Itu Kesudahannya. Pengembaraannya Berkumpul Di Padang Mahsyar Adalah Tempat Menerima Penganugerahan. Rasulullah S.A.W. Adalah Pelakon Terbaiknya, Allah Subhanahu Wa Ta’ala Adalah Juri-Nya Manakala Syurga Atau Neraka Adalah Trofinya."

Wahai PuteriKu...


Dipetik daripada buku “Wahai Puteriku” oleh Ali Tanthawi.
Untuk renungan dan pedoman bersama...

Wahai puteriku!

Puteriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh itu dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

Puteriku…
Dengarlah bicara dari hatiku.

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada pencuri itu: silakan masuk, silakan… Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak: Pencuri! Tolong tolong..! Saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakainannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah, ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalina berdua sesaat berada di dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat penderitaan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

Puteriku..
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumah tangga, ia tetapi ia akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak sudi suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan terjadi disebabkan kealpaan wanita-wanita, sehingga para pemuda tidak mahukannya sebagai isteri. Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami.

Ayuh wanita-wanita yang baik, kalian perlu sedar! Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. Dan kalian lebih rapat sesama mereka.

Dan justeru yang sering menjadi korban kerosakan ini adalah wanita, maka kalian para wanita mulia dan beragama, hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Peringatkanlah akan mereka akan akibat yang buruk daripada pergaulan bebas, perzinaan dan seribu satu penyakit yang berlarutan daripadanya.

Beritahu mereka kenyataan yang ada: Gadis-gadis remaja puteri yang cantik, akan ramai pemuda yang mendatangi kalian, namun apakah kecantikan itu akan kekal? Tiada makhluk di dunia ini yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi tua nanti, dengan pinggang bengkok dan wajah kerepot? Pada waktu itu siapakah yang akan memerhatikan? Siapa yang akan simpati?

Siapakah nanti yang akan memerhati, menghormati dan mencintai seorang nenek? Mungkin hanya anak-anak dan cucu-cucunya, waktu itulah nenek bagai seorang ratu di tengah-tengah rakyat. Namun bagaimana bisa kalian menjadi nenek yang mulia, nenek bagai ratu di kalangan anak-anak dan cucu-cucu, kalau kalian tidak membinanya dari rumah tangga yang terhormat dan bahagia?

Dan berilah nasihat-nasihat yang baik, saya yakin kalian semua tidak perlu petunjuk orang lain serta tidak kehabisan cara untuk menasihati saudari-saudari yang patut dikasihani dan dibimbing. Berusahalah untuk menjadi wanita-wanita yang baik, sebagai contoh teladan kepada anak-anak gadis yang sedang remajaa agar mereka dapat menempuh jalan yang benar.

Puteriku…
Demi untuk berubah mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian Muslimah yang benar, kembalilah ke jalan yang benar walau setapak demi setapak, sebagaimana mereka telah berusaha membina kerosakan ini sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu singkat, melainkan dengan kembali ke jalan yang benar walaupun jalan itu sekarang nampaknya amat jauh, namun ianya tidak menjadi soal. Orang yang tidak mahu menempuh jalan yang satu-satunya ini, tidak mungkin akan sampai.

Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas. Ingatlah, seorang wanita menutup aurat tidak bererti ia sudah selamat dan boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas, kecuali semua itu ada batas dan sempadannya.

Jangan lupa bahawa Allah menjadikannya seorang wanita dan pasangannya adalah lelaki, yang mana satu dengan lainnya amat saling terangsang. Baik wanita, lelaki, atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah keindahan ciptaan Allah ini, menafikannya atau menghapus tarikan dari dalam jiwa mereka. Ianya adalah keperluan bagi semua manusia, namun disalurkan pada jalan yang betul menurut syariat Allah.


Puteriku…
Puteriku yang beriman dan beragama!
Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.

Oleh kerana itu jangan berikan diri kalian semuda itu, hanya dengan ucapan mereka yang menghalalkan pergaulan atas hak asasi, modernism, dan emansipasi. Sedangkan daku adalah seorang ayah kepada empat gadis. Bila daku membela kalian bererti daku membela puteri-puteriku sendiri. Kuingin kalian bahagia seperti yang kuinginkan untuk puteri-puteriku.

Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali .

Bila anak puteri jatuh, tidak ada yang mahu menyinsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya merebut kecantikan, apabila telah berubah dan hilang, mereka pun lalu pergi, persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang sudah tersisa.

Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmu lah, kunci pintu pintu kebaikan. Bila diri kalian diperbaiki, dengan demikian umat pun kan menjadi baik….

Wallahualam.

*Diizinkan untuk print, tag, share, like dll. Sebarkan seluas-luasnya nasihat yang berguna ini. Mudah-mudahan kita mendapat pahala berdakwah demi kebaikan seluruh ummat. InsyaAllah, amin... 

KegagaLan : BuKaN SeLaMaNya...


Assalamualaikum... :)

Tertarik dengan apa yang saya baca arini kat page Lukisan Dakwah Islam.. so nak kongsikan bersama.. semoga bermanafaat buat semua..



Kadangkala ingin sekali balik ke masa lampau untuk menasihati diri sendiri yang dahulu supaya jangan buat kemungkaran, jangan melakukan dosa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri, dan supaya tidak melakukan apa saja perkara yang boleh membuatkan diri kita menyesal di kemudian hari...

Tetapi, bila kita fikirkan akan ketetapan yang telah Allah tetapkan untuk kita, kita dibe
ri masa MULAI SAAT INI, untuk kita manfaatkannya bagi masa yang akan datang yang mana ketetapan itu ialah kita tidak boleh mengundurkan masa atau mencepatkan masa. Ia adalah suatu perkara yang mustahil untuk seorang manusia biasa seperti kita untuk lakukan sesuatu seperti itu.

Maka, seperti apa yang telah dikatakan tadi, masa yang perlu kita hargai bukanlah masa yang sudah lepas atau kita terlalu risaukan masa depan yang masih belum tentu hala tujunya melainkan mula untuk bertindak mengubah diri daripada terus ROSAK atau HANCUR BINASA bermula dari SAAT INI... Masa... Terus berjalan, sangat mencemburui kita, bagaimana caranya kita memanfaatkan setiap detik masa yang ada untuk kita mengubah diri.

Masa semakin tiada.
Kita sudah tidak mampu untuk berpatah balik ke masa lampau untuk memperbetulkan segala-galanya dengan berharap supaya kita dapat memastikan bahawa masa depan kita menjadi lebih baik.
Namun apa yang diperlukan adalah ubah segalanya mulai sekarang. Dosa yang memudaratkan diri itu bertukar kepada ujian bagi diri sendiri untuk membersihkan diri daripada dosa, bukan lagi sebagai MALANG yang menimpa diri. Gunakan kesempatan yang masih ada, manfaatkan masa kepada perkara yang sepatutnya... Allah dan RasulNya tidak pernah mengajar manusia untuk berputus asa selagi nafas masih ada hujung tengkuk..

Kita pilih.
Adakah kita masih berharap kepada masa depan yang masih belum tentu hanya dengan berharap bahawa kita akan berjaya di dunia dan akhirat sedang kita dalam keadaan bermaksiat? Mana sesal, mana taubat?
Mana satu jalan yang dipilih?
Syurga atau neraka?
Adakah kita rasa kita sudah putus harap? Nanti dulu...

Sebanyak mana dosa-dosa yang kita ada biarpun seluas 7 lautan, atau sebanyak bebutir pasir di pantai, atau banyaknya sebanyak 7 petala langit? Allah boleh ampunkan dosa-dosa sebanyak itu biarpun ia dihimpunkan dengan banyaknya dosa setiap manusia dari zaman Nabi Adam sehingga ke akhir zaman kelak. Apa yang penting, ikhlas dan percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun, siapakah lagi yang boleh mengampunkan kita melainkan Allah?

Jika manusia itu tabiatnya berbuat dosa...
Maka Allah pula  MENGAMPUNKAN dosa...

Maka, ubahlah diri, pilihlah jalan yang lurus, tinggalkan perbuatan mungkar yang hanya akan memudaratkan diri.
Demikianlah yang terbaik bagimu dunia akhirat.

Wallahualam...



Farid Sanullah : Don't Forget Allah

wow!! pertama kali dengar lagu nie, terus tertarik.. ada yg kate dia tiru MZ.... but for me, i'm still love it..music yang berkonsepkan Islamic Pop/R&B yang beliau bawa mempunyai tarikkan dan keunikkn yang tersendiri..malah menyentuh hati dan sanubari sesiapa yang mendengarnya ^_^

serba sedikit tentang FARID SANULLAH..

Singer and Songwriter,with his Modern Islamic concept, he wishes to spread the word of Islam throughout the world..
Biography
Singer and Songwriter, Farid Sanullah is a upcoming artist
who will be starting his promotion in Malaysia..
With a Modern Islamic concept, he wishes to spread the word of Islam throughout the world..
Description
Farid Sanullah Entertainment

Name - Farid Sanullah
Age - 21 Years old
Nationality - I was born in Malaysia though I moved to Australia at 3 months old and have lived there since.
Education - Programming

Kenapa dia memilih untuk menjadi penyanyi muzik Islam? Katanya, "I believe Allah has given me the gift of voice,Insha Allah i wish to pursue my career by conveying the message of Islam".

Love his answer :)
This is the song that made me falling in love with him... >_< enjoy!!! 

Lyrics:
You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way

Hey you make Do'a
Allah's there
Whoever you are
'Cos he cares

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

Lets flashback
Lets backtrack
To a time
Like yours and mind

The story of the three
Who longed to be
To be free
Of their misery

Hey to the one poor
He opened the doors
Gave him plenty
Of his bounty

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

Can't you see
His promise to you
Can't you see
His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah

If you remember Allah
In prosperity
He'll not forsake you
In adversity

Be mindful of Allah
He'll guide you 
To all that is good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way..

© Highest Heaven Records

Album Title: Don't Forget Allah
Number of tracks on album:
12 Songs




Saturday 15 June 2013

KaSiH aBah HiNggA AkHir Hayat

Hye..
Nak cite sikit pasal peristiwa yang aku nampak td mase kat traffic light.. pasal seorang budak lelaki dengan ayahnya.
Masa on the way pi kelas memandu tadi, aku ade ternampak seorang kanak2 lelaki yang dibonceng oleh ayahnya tanpa memakai helmet.. dalam hati, '' bahayanye budak tu x pakai helmet. klu ade ape2 jadi, buruk nasib budak tu nnt..tp ayah dia pakai..ermm..'' . Tercetus jugak rase kesian..mungkin dieorang ada satu jer helmet.. nak wat cam mane kan.. sedang aku bermonolog sendiri, elok sebelum lampu merah, aku nampak si ayah bukak helmet dan sarungkan helmet tersebut dekat kepala anaknya.. YA ALLAH, tergamam! Tidak dapat digambarkan perasaan aku ketika itu..menitis air mata jatuh ke pipi.. Mesti si ayah sangat risaukan keselamatan anaknya sehingga bertindak demikian.. Tapi, bagaimana pula dengan keselamatan dirinya sendiri?? Itu lah bukti kasih seorang ayah.. sanggup mempertaruhkan diri sendiri demi keselamatan anak. Besar bukan pengorbanan seorang insan yang bergelar bapa... dalam ketegasan, ada kasih yang tidak berbelah bagi..

Teringat aku tentang peristiwa lama.. ketika tu kami masih x mampu untuk memiliki kereta. Dijadikan cerita, tangan aku patah ketika tengah main basikal kat depan rumah.. masa abah tengok tangan ak jadi pendek sebelah, abah terus panik.. abah cepat2 dukung aku dan berlari ke tepi jalan untuk menahan mana2 kereta yang sudi tolong.. bayangkan bertapa hampa bila ada yang lalu dan memandang jer..tak sudi pun nak membantu.. tak dapat aku gambarkan raut wajah abah yang cemas dan sedih ketika itu. Aku rasa sangat bersalah dan takut... tak ada apa yang dapat aku lakukan melainkan menangis dalam pangkuannya.. dengan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan dan keletihan selepas bekerja, abah sanggup menempuhi perjalanan jauh semata-mata untuk menjaga aku di hospital.. Walaupun peristiwa tu dah lama berlaku dan aku pun dah ingat2 lupa, namun aku x akan lupakan pengorbanan dan penat lelah yang telah abah lakukan untuk aku ketika itu..

Ingatlah.. xkira la siapa pun ayah kita, xkira la bagaimanapun rupanya dan apa pun yang pernah dia lakukan, dia tetap ayah kita.. Tanpa dia, wujudkah kita dimuka bumi ini? Tanpa dia, mampu kah kita hidup macam sekarang? Fikir-fikirkan lah..









Seorang ayah akan sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat anak mereka. Keperluan anak didahului dalam apa juga perkara. Terima kasih... Atas segala pengorbanan membesarkan kami sehingga kami telah dewasa dan berjaya. Maaf atas kesilapan atau apa jua kesalahan yang pernah kami lakukan. Doakan kami ! 



SeLaMaT HaRi BapA Kepada Seluruh Bapa, Abah, Ayah, Daddy, Abi , Baba di SeRata DuNia..

SeLaMaT UlaNg TaHuN KeLaHiRaN aLoNg UcuKzzz!!! ^_^




15 JUNE is here!!! Selamat Ulang TahuN Kelahiran yg ke 23!!

Walaupun jauh diperantauan, namun dirimu tetap dihati kami.. cewah.. haha.. k la time for my wish 4 u.. saya doakan semoga Along panjang umo, murah rezeki, sihat-sihat selalu dan cepat2 la kawin ye.. adik2 kat sini dah x sabo2 nak rase ade anak buah.. saya pun teringin sangat nak jadi makcik.. haha... keep smilinggg .. :)


Along dah balik Malaysia nnt baru kita selebret k.. kite wat la ape2 yang patut.. tepung tawar ker.. hehe... ape2 pun.. epy besday once again.. With love, from eina tashu yang cute miyut and others siblings yang ceria x tentu masa.. heeee... muaxhhh2 !

adik-adik along.. tapi angah yang tgh pegang lappy.. >_<


Wednesday 12 June 2013

ReSePi : YuMMy Choco Mousse Brownies ^^

Resepi : yani@myr

Bahan-bahan ( loyang 18cm )

Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse

140g coklat masakan 
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream 
40g gula halus

Cara-cara :

Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis
http://www.kongsiresepi.com/read/6915/0/

OMO..OMO.. my favorite !!! <3

Tuesday 11 June 2013

LoVe : AndaiNye LeLaki Tahu !

     Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

     Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE YOU’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

    Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

     Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


     Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
























di C&P jer.. tp dah lupe link dia.. >_<

Saturday 27 April 2013

LiFe : SoMeTimes !

Saje sibuk godek2 blog si Saadah.. terjumpa satu post dia yang agak menarik.. so nak kongsikan sikit kat sini dengan kwan2.. :) Kisahnya bermula dengan SOMETIMES!

Sometimes, we should take a look of everything around us..
Sometimes, we should smile even though we are in pain..
Sometimes, we should thankful how blissful our life are..!
Sometimes, we should make a change for better right..
Sometimes,, we should challenge our self know our limit.
Sometimes, we win..and Sometimes, we lose....


Why Sometimes ??
The word 'Sometimes' give a lot of motivational value in daily life. It is a motivational word to us to move forward in life. Be a better person!
Why Sometimes ??
Why not 'Awesome', 'Great', 'Fantastic' and etc, right??

Do you know word 'Sometimes' is an universal words that play around our world and action. But the Question is HoW, right?? 
Words 'Sometimes', always there in our life... it is a part of our daily life and will be there until our death.. its happen to help us be a better and excellent person.. mixing up with every types of emotional : sad, angry, happy, humble, lovingsacrifices and many more...

Sometimes :

When i failed,
Sometimes, the failure make me success..
Coz i know and i learn from my mistake.

When i have a full of doubt to try something new,
Sometimes, we must try something new to success.
When i want give forgiveness to someone,
People makes mistakes, so why not..
        every deserve a second chance...

When people like talk bad about me,
Its OK, Sometimes they just get jealous with my interesting life.


Interesting right how our world actually can be describe with one word : 'Sometimes' ^_^


SO, why not try to FIND you own word to describe YOUR WORLD... have fun, n Gud Luck! 







this version have been edited by me.. but the original: http://sitinurussaadahahmad.blogspot.com/
feel free to follow her..





KeNaNgaN : PrOgRaM2 PRS Ku~ part 2 :)

Nie adalah antara poster2 program yang telah PRS jalankan... ketika tgk balik poster2 nie, umpama segala kenangan kami bersama dulu berlegar-legar diruang mata.. Masih segar dan kukuh di dalam ingatan..

bermulanya sebuah Persahabatan yang tulus suci.. hingga kini.. ^_^
Tanpa kamu, siapa lah diriku kini...


Manusia mungkin berubah, masa mungkin berlalu..
Tapi ada satu yang tetap menyatukan kita selalu..
Iaitu kenangan Kau dan Aku..
Sentiasa terpahat dikalbu..