Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian.
Kadang2
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau
hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat
perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE YOU’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi
juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai
lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi
dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap
yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu
mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
di C&P jer.. tp dah lupe link dia.. >_<
No comments:
Post a Comment