Saturday, 15 June 2013

KaSiH aBah HiNggA AkHir Hayat

Hye..
Nak cite sikit pasal peristiwa yang aku nampak td mase kat traffic light.. pasal seorang budak lelaki dengan ayahnya.
Masa on the way pi kelas memandu tadi, aku ade ternampak seorang kanak2 lelaki yang dibonceng oleh ayahnya tanpa memakai helmet.. dalam hati, '' bahayanye budak tu x pakai helmet. klu ade ape2 jadi, buruk nasib budak tu nnt..tp ayah dia pakai..ermm..'' . Tercetus jugak rase kesian..mungkin dieorang ada satu jer helmet.. nak wat cam mane kan.. sedang aku bermonolog sendiri, elok sebelum lampu merah, aku nampak si ayah bukak helmet dan sarungkan helmet tersebut dekat kepala anaknya.. YA ALLAH, tergamam! Tidak dapat digambarkan perasaan aku ketika itu..menitis air mata jatuh ke pipi.. Mesti si ayah sangat risaukan keselamatan anaknya sehingga bertindak demikian.. Tapi, bagaimana pula dengan keselamatan dirinya sendiri?? Itu lah bukti kasih seorang ayah.. sanggup mempertaruhkan diri sendiri demi keselamatan anak. Besar bukan pengorbanan seorang insan yang bergelar bapa... dalam ketegasan, ada kasih yang tidak berbelah bagi..

Teringat aku tentang peristiwa lama.. ketika tu kami masih x mampu untuk memiliki kereta. Dijadikan cerita, tangan aku patah ketika tengah main basikal kat depan rumah.. masa abah tengok tangan ak jadi pendek sebelah, abah terus panik.. abah cepat2 dukung aku dan berlari ke tepi jalan untuk menahan mana2 kereta yang sudi tolong.. bayangkan bertapa hampa bila ada yang lalu dan memandang jer..tak sudi pun nak membantu.. tak dapat aku gambarkan raut wajah abah yang cemas dan sedih ketika itu. Aku rasa sangat bersalah dan takut... tak ada apa yang dapat aku lakukan melainkan menangis dalam pangkuannya.. dengan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan dan keletihan selepas bekerja, abah sanggup menempuhi perjalanan jauh semata-mata untuk menjaga aku di hospital.. Walaupun peristiwa tu dah lama berlaku dan aku pun dah ingat2 lupa, namun aku x akan lupakan pengorbanan dan penat lelah yang telah abah lakukan untuk aku ketika itu..

Ingatlah.. xkira la siapa pun ayah kita, xkira la bagaimanapun rupanya dan apa pun yang pernah dia lakukan, dia tetap ayah kita.. Tanpa dia, wujudkah kita dimuka bumi ini? Tanpa dia, mampu kah kita hidup macam sekarang? Fikir-fikirkan lah..









Seorang ayah akan sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat anak mereka. Keperluan anak didahului dalam apa juga perkara. Terima kasih... Atas segala pengorbanan membesarkan kami sehingga kami telah dewasa dan berjaya. Maaf atas kesilapan atau apa jua kesalahan yang pernah kami lakukan. Doakan kami ! 



SeLaMaT HaRi BapA Kepada Seluruh Bapa, Abah, Ayah, Daddy, Abi , Baba di SeRata DuNia..

No comments:

Post a Comment