Assalamualaikum... :)
Tertarik dengan apa yang saya baca arini kat page Lukisan Dakwah Islam.. so nak kongsikan bersama.. semoga bermanafaat buat semua..
Kadangkala ingin sekali balik ke masa lampau untuk menasihati diri sendiri yang dahulu supaya jangan buat kemungkaran, jangan melakukan dosa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri, dan supaya tidak melakukan apa saja perkara yang boleh membuatkan diri kita menyesal di kemudian hari...
Tetapi, bila kita fikirkan akan ketetapan yang telah Allah tetapkan untuk kita, kita dibe
ri masa MULAI SAAT INI, untuk kita
manfaatkannya bagi masa yang akan datang yang mana ketetapan itu
ialah kita tidak boleh mengundurkan masa atau mencepatkan masa. Ia
adalah suatu perkara yang mustahil untuk seorang manusia biasa
seperti kita untuk lakukan sesuatu seperti itu.
Maka, seperti apa yang telah dikatakan tadi, masa yang perlu kita hargai bukanlah masa yang sudah lepas atau kita terlalu risaukan masa depan yang masih belum tentu hala tujunya melainkan mula untuk bertindak mengubah diri daripada terus ROSAK atau HANCUR BINASA bermula dari SAAT INI... Masa... Terus berjalan, sangat mencemburui kita, bagaimana caranya kita memanfaatkan setiap detik masa yang ada untuk kita mengubah diri.
Masa semakin tiada.
Kita sudah tidak mampu untuk berpatah balik ke masa lampau untuk memperbetulkan segala-galanya dengan berharap supaya kita dapat memastikan bahawa masa depan kita menjadi lebih baik.
Namun apa yang diperlukan adalah ubah segalanya mulai sekarang. Dosa yang memudaratkan diri itu bertukar kepada ujian bagi diri sendiri untuk membersihkan diri daripada dosa, bukan lagi sebagai MALANG yang menimpa diri. Gunakan kesempatan yang masih ada, manfaatkan masa kepada perkara yang sepatutnya... Allah dan RasulNya tidak pernah mengajar manusia untuk berputus asa selagi nafas masih ada hujung tengkuk..
Kita pilih.
Adakah kita masih berharap kepada masa depan yang masih belum tentu hanya dengan berharap bahawa kita akan berjaya di dunia dan akhirat sedang kita dalam keadaan bermaksiat? Mana sesal, mana taubat?
Mana satu jalan yang dipilih?
Syurga atau neraka?
Adakah kita rasa kita sudah putus harap? Nanti dulu...
Sebanyak mana dosa-dosa yang kita ada biarpun seluas 7 lautan, atau sebanyak bebutir pasir di pantai, atau banyaknya sebanyak 7 petala langit? Allah boleh ampunkan dosa-dosa sebanyak itu biarpun ia dihimpunkan dengan banyaknya dosa setiap manusia dari zaman Nabi Adam sehingga ke akhir zaman kelak. Apa yang penting, ikhlas dan percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun, siapakah lagi yang boleh mengampunkan kita melainkan Allah?
Jika manusia itu tabiatnya berbuat dosa...
Maka Allah pula MENGAMPUNKAN dosa...
Maka, ubahlah diri, pilihlah jalan yang lurus, tinggalkan perbuatan mungkar yang hanya akan memudaratkan diri.
Demikianlah yang terbaik bagimu dunia akhirat.
Wallahualam...

No comments:
Post a Comment